Cuba Klik Sini

pukul brape skarang..??


Get your own Digital Clock

Tuesday, April 24, 2012

PELAJAR, DADAH DAN JENAYAH

            ASSALAMUALAIKUM SEMUA
            salam 1 malaysia.........

            hi semua, adli baru je lepas baca surat khabar... 
pastu terus bukak lappy nak update blog
**sambil minum segelas milo**
           
            Adli terdetik nak berkongsi & berbincang tajuk diatas sebab
            kebelakangan nie selalu je ada berita pelajar terlibat dalam
            jenayah. Ini adalah masalah yang SERIUS.



             Pelajar sepatutnya bukak buku & baca (belajar) bukannya menjadi
             GANGSTER, MAT GIAN, MAT REMPIT, BOHSIA, PENCURI, KAKI GADUH, PEROGOL & 
macam2 lagi,......! 
Dan ini adalah benda yang perlu dibendung 
untuk masa depan negara...!!



             Pelajar yang terlibat dengan jenayah selalunya 
dipengaruhi oleh
             kawan2 (kalau sorang2, dia x berani buat samseng).
             Selain itu, kewujudan kumpulan yang mahukan kekayaan dengan senang akan memperdayai pelajar 
menjadi keldai dadah dengan tawaran
             yang mewah.


             Dadah secara totalnya memberi 100% kesan negatif kepada
             kehidupan pelajar itu sendiri!
             Selalunya kan, kaki gaduh, pencuri motosikal, samseng,pecah umah tu postive dadah.

           
             Oleh itu, polis & sekolah perlulah sama2 
membanteras jenayah
   dalam kalangan pelajar.
             Wujudnya Cakna Disiplin di sekolah adalah antara langkah
             menyelamatkan pelajar daripada  terjebak dalam kancah jenayah.
             

             PEACE NO WAR^^
         

Fantasi BATTLESHIP

      Assalamualaikum,.....apa khabar semua???

      Dalam post nie saya berminat nk share sikit je 
pasal movie Battleship sbb
      dlm movie nie juga dibintangi oleh 
Rihanna (my feveret singer)hehe

      Movie Battleship nie diadaptasi 
daripada permainan video Batttleship.
      Macam dirancang pulak kan.  
      Filem ini mengisahkan kapal perang 
USS yang berdepan dengan kapal
      perang makhluk asing dan 
NASA menemui sebuah planet yang
      menyerupai bumi.
      Sangat mengujakan!

      Berhadapan dan berperang dengan makhluk asing 
adalah sesuatu yang
      tidak logik bagi kita di  dunia realiti. 
Tetapi dalam fiksyen ini, ia boleh saja diwujudkan dan
 munculnya fantasi demi fantasi yang berterusan!

      Teknologi moden sekarang bukan sahaja memudahkan kehidupan kita tetapi juga dapat menjadi 
hiburan yang mengagumkan!


      Filem ini diarah oleh Peter Berg
      Dibintangi oleh Taylor Kitsch, Alexander Skarsgard, Liam Neeson,
      Brooklyn Decke, Rihanna & ramai lg,....
      Kalau nak tau banyak lagi,   KLIK SINI



GIGI AWAK BERKARAT!!!! EUWWWWW...,,,,,

Bila tersenyum atau tersengih, pandangan kita tentunya akan hinggap ke barisan gigi.
kalau gigi cantik, maka indahlah senyuman
 tapi
kalau dah GIGI BERKARAT,
sesiapa pun pasti akan lari,....;D



Kat sini adli nk share cara untuk dapatkan gigi yg putih macam adli nie,...(*tetiba)
cara nie adli dapat dari magazine. 

1.  Elakkan gula berlebihan ,rokok &junk food. 
     Kesemua nie dapat menjadikan gigi kita kuning.

2.  Jauhi kafein. Kafein membuatkan gigi kita tidak berseri tau.

3.  Bersihkan lidah untuk mengelakkan bakteria berkumpul.

4. Simpan berus gigi di tempat khas. Selalunya kita simpan berus gigi dalam bilik mandi atau kat sink kan. Suhu lembap dalam bilik air akan mengaktifkan pembentukan bakteria. So, simpan berus gigi dalam bekas khas atau laci/almari.

5. Amalkan tukar berus gigi setiap tiga bulan   sekali.

    TAKE NOTE K & SELAMAT MENCUBA^^

Monday, April 23, 2012

PTPTN KEMBALI HANGAT

Assalamualaikum
SALAM 1 MALYSIA~

saya kembali dengan tajuk yang hangat diperkatakan sekarang,.... 



Isu PTPTN kembali menjadi tumpuan lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya. PTPTN diperkenalkan
untuk membantu sesiapa sahaja tidak kira cemerlang di sekolah menengah ataupun yang mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan cita-cita di menara gading.
Saya sendiri pun membuat pinjaman dari PTPTN untuk sambung pelajaran ke peringkat universiti. Sememangnya kos pendidikan di menara gading lebih tinggi daripada menengah dan rendah.

Namun, ramai yang mempertikaikan unsur RIBA didalam caj perkhidmatan PTPTN. Sememangnya elemen RIBA tidak boleh diterima kerana ia diharamkan syarak.
Idea untuk mansuhkan PTPTN adalah tidak wajar kerana ia dapat menolong dan memberi peluang kepada sesiapa yang tidak berkemampuan & tidak benasib baik.
TETAPI, saya mencadangkan agar caj perkhidmatan kepada peminjam PTPTN itu dimansuhkan agar tiada unsur RIBA.

SALAM 1 MALAYASIA!!!!!!