Cuba Klik Sini

pukul brape skarang..??


Get your own Digital Clock

Saturday, June 15, 2013

4 Negara Yang Makan Makanan Paling Pedas

Dalam masakan Melayu, 
makanan pedas tak boleh dipisahkan,..
contohnya Negeri Sembilan 
yang sinonim dengan 
masakan yang pedasnye,...

Tetapi kepedasan makanan 
negara kita tidak boleh 
menandingi kepedasan 
makanan pedas dari 
4 buah negara nie,..

Kalau di Malaysia, ada orang 
tak boleh makan pedas
dan ada yang suka pedas.,..

Tapi di 4 buah negera nie,...
makanan pedas dah sebati 
dengan mereka dan 
mereka pon membesar 
dengan rempah ratus yg pedas,...


 

KOREA SELATAN & KOREA UTARA


Korea terkenal dengan makanan simbolik mereka
iaitu Kimchi. Kimchi adalah sayuran yang ditapai bersama campuran cili, rempah ratus dan bahan perasa. Kebanyakan makanan Korea ni akan dimasukkan kimchi, seperti sup dan juga pizza!
Dan hampir kesemua makanan Korea nie akan dimasukkan rempah ratus pedas yg kaw2...
owh,...so, no wonder la ayam kfc ala Kpop tu pedas gila!





BHUTAN

Bhutan adalah sebuah negara yang terletak ditengah-tengah India dan China. Masakan tradisional Bhutan menggunakan banyak cili dan mereka menganggapnya sebagai sayuran bukannya rempah. Sampai macam tu sekali kan!




MEXICO
Penggunaan rempah ratus yang 
pedas dalam masakan sudah lama 
diamalkan sejak beribu 
tahun dahulu di Mexico. 
Lada Poblano yang berwarna
 hijau gelap dan sangat pedas 
adalah salah satu lada yang 
paling banyak digunakan 
dalam masakan Mexico. 
Begitu juga dengan Lada Jalapenos 
yang sering digunakan 
dalam salsa dan marinades.




INDIA

Sebut sahaja India pasti terus
 teringat masakan kari nya yang kaw.
Hampir keseluruhan penduduk india menggunakan pelbagai jenis rempah dan lada didalam masakan harian mereka.




info credit to: eHow.com

Korang dah Detox....???

Assalamualaikum semua.,....
lama tak jumpa,....
(lama dah menyepi..)

Ok,....dalam post ni adli nak 
kongsikan Pengalaman Detox adli,..

Sebelum nie adli mengalami 
masalah membuang air besar dan kelesuan,..
masalah ni disebabkan usus yang kotor,...
sebab tu la badan 
kurang menyerap vitamin 
dan nutrient daripada makanan yg kita makan,..

Jadi, dengan detox, kita dapat 
atasi semua masalah tue,..
adli sekarang dah lebih 3 minggu 
dengan produk nie,..



Korang ada tak mengambil 
supplement dan vitamin untuk 
badan dan kulit,..? 
(contohnya : aurawhite dan beutskin....)
sekiranya korang belum detox,...
baik korang detox terlebih dahulu ,..

sebabnya, dengan kolon yang kotor,
vitamin yang diserap oleh badan
hanyalah sedikit dan 
membazirla beli supplement mahal2 tue,....!

Aroma teh nie sedikit meloyakan 
tekak dengan rasa herbanya.....
biasala ubatkan~




Teh nie diminum setiap kali sebelum tidur,..
dan keesokan harinya korang 
akan buang air besar 
dengan perasan yang lega 
sangat2 ! *trust me*


Adli dah lebih 3 minggu minum
 teh detoks nie,..kesannya 
sangat memuaskan! 

Mudah buang air besar 

Berat badan turun 3 kg
 badan makin ringan
 mudah buang angin 
dan terasa kulit nie 
makin lembut dan berseri ! 
*tak menyesal beli!*

Dan yang paling 
penting sekali, 
ianya Semulajadi ! 

so, bolehla korang minum setiap hari 

untuk kesihatan usus dan badan yang segar !

teh nie boleh didapati di Watson, Guardian dan farmasi2~
Sekiranya korang nak tau lebih lanjut tentang teh nie, 
just KLIK SINI

Tuesday, May 29, 2012

Susah Nak Tido? Guna Cara Nie

Assalamualaikum
adli yakin pasti antara kawan2, 
ada yang mempunyai masalah untuk tidur kann
haaa,....
kat sini adli nak share 
Antara punca2 masalah tak boleh tidur




Tindakan Untuk Mengatasi 
Masalah Tak Boleh Tidur.
Apa yang perlu anda buat?



semoga anda mendapat tidur yg nyenyak!!

Saturday, May 26, 2012

Jom Hapuskan Jerawat dengan bedak sejuk nie

Bedak sejuk nie adli da guna lebih kurang setahun....
setiap kali lepas mandi wajib pakai bedak ni.
nak share pasal bedak nie
ramai kawan2 yang pakai bedak sejuk nie sebab ianya memang
tidak mengecewakan sesiapa yang ada masalah jerawat!
 

Dan yang paling penting, ianya murah!!!!
*beli kt mydin


**cuba klik kat gambar kalau x nampak jelas**
SELAMAT MENCUBA!

Friday, May 25, 2012

Masa untuk aromaterapi!!!!

Selalunya kita tidak bertenaga setelah bekerja
ataupun letih selepas buat kerja rumah....
berterima kasihlah kepada aromaterapi
kerana ianya dapat memberikan tenaga
dan menjadikan hidup anda tenang gembira!!
semua orang perlukan hidup yang gembira bukan...?!



PILIHAN AROMATERAPI

Eucalyptus: Menyahtoksin, meningkatkan daya deria dan mental
Lavender : Melegakan kesakitan kepala .Relakskan minda.
Lemon:  Menajamkan minda memori. Baik untuk daya kreativiti.
Rose: Menyeimbangkan tubuh, membawa cinta & keghairahan.

Sebenarnya, banyak lagi pilihan yang laen,..
(google je.........)
Minyak Aromaterapi boleh digunakan dalam tab mandi,
dititiskan di bantal, disapukan ke kulit dan juga digunakan untuk mengurut.
 selamat mencuba!!!!!


Sahabat dalam Hidup, ianya takkan berakhir


Ianya takkan mustahil untuk anda berkawan dengan 
seseorang dalam jangka masa yang panjang contohnya 
selama 20 tahun.
Itulah persahabatan ataupun pertemanan.
Sahabat adalah individu yang boleh bekerja sama dan menyokong diri kita.

Anda juga pasti mempunyai sahabat yang mempunyai
 selera yang sama dengan anda bukan?
anda akan terasa selesa ataupun selamat sekiranya 
bersama sahabat ataupun BFF (best friend forever)
sahabat adalah individu yang akan bersama dengan kita sekiranya kita gembira mahupun susah....
ramai yang kata,..memang susah untuk mendapat sehabat sejati,..thats true...
so, kepada anda yang sudah mempunyai BFF, hargailah BFF anda^^


Tuesday, April 24, 2012

PELAJAR, DADAH DAN JENAYAH

            ASSALAMUALAIKUM SEMUA
            salam 1 malaysia.........

            hi semua, adli baru je lepas baca surat khabar... 
pastu terus bukak lappy nak update blog
**sambil minum segelas milo**
           
            Adli terdetik nak berkongsi & berbincang tajuk diatas sebab
            kebelakangan nie selalu je ada berita pelajar terlibat dalam
            jenayah. Ini adalah masalah yang SERIUS.



             Pelajar sepatutnya bukak buku & baca (belajar) bukannya menjadi
             GANGSTER, MAT GIAN, MAT REMPIT, BOHSIA, PENCURI, KAKI GADUH, PEROGOL & 
macam2 lagi,......! 
Dan ini adalah benda yang perlu dibendung 
untuk masa depan negara...!!



             Pelajar yang terlibat dengan jenayah selalunya 
dipengaruhi oleh
             kawan2 (kalau sorang2, dia x berani buat samseng).
             Selain itu, kewujudan kumpulan yang mahukan kekayaan dengan senang akan memperdayai pelajar 
menjadi keldai dadah dengan tawaran
             yang mewah.


             Dadah secara totalnya memberi 100% kesan negatif kepada
             kehidupan pelajar itu sendiri!
             Selalunya kan, kaki gaduh, pencuri motosikal, samseng,pecah umah tu postive dadah.

           
             Oleh itu, polis & sekolah perlulah sama2 
membanteras jenayah
   dalam kalangan pelajar.
             Wujudnya Cakna Disiplin di sekolah adalah antara langkah
             menyelamatkan pelajar daripada  terjebak dalam kancah jenayah.
             

             PEACE NO WAR^^
         

Fantasi BATTLESHIP

      Assalamualaikum,.....apa khabar semua???

      Dalam post nie saya berminat nk share sikit je 
pasal movie Battleship sbb
      dlm movie nie juga dibintangi oleh 
Rihanna (my feveret singer)hehe

      Movie Battleship nie diadaptasi 
daripada permainan video Batttleship.
      Macam dirancang pulak kan.  
      Filem ini mengisahkan kapal perang 
USS yang berdepan dengan kapal
      perang makhluk asing dan 
NASA menemui sebuah planet yang
      menyerupai bumi.
      Sangat mengujakan!

      Berhadapan dan berperang dengan makhluk asing 
adalah sesuatu yang
      tidak logik bagi kita di  dunia realiti. 
Tetapi dalam fiksyen ini, ia boleh saja diwujudkan dan
 munculnya fantasi demi fantasi yang berterusan!

      Teknologi moden sekarang bukan sahaja memudahkan kehidupan kita tetapi juga dapat menjadi 
hiburan yang mengagumkan!


      Filem ini diarah oleh Peter Berg
      Dibintangi oleh Taylor Kitsch, Alexander Skarsgard, Liam Neeson,
      Brooklyn Decke, Rihanna & ramai lg,....
      Kalau nak tau banyak lagi,   KLIK SINI



GIGI AWAK BERKARAT!!!! EUWWWWW...,,,,,

Bila tersenyum atau tersengih, pandangan kita tentunya akan hinggap ke barisan gigi.
kalau gigi cantik, maka indahlah senyuman
 tapi
kalau dah GIGI BERKARAT,
sesiapa pun pasti akan lari,....;D



Kat sini adli nk share cara untuk dapatkan gigi yg putih macam adli nie,...(*tetiba)
cara nie adli dapat dari magazine. 

1.  Elakkan gula berlebihan ,rokok &junk food. 
     Kesemua nie dapat menjadikan gigi kita kuning.

2.  Jauhi kafein. Kafein membuatkan gigi kita tidak berseri tau.

3.  Bersihkan lidah untuk mengelakkan bakteria berkumpul.

4. Simpan berus gigi di tempat khas. Selalunya kita simpan berus gigi dalam bilik mandi atau kat sink kan. Suhu lembap dalam bilik air akan mengaktifkan pembentukan bakteria. So, simpan berus gigi dalam bekas khas atau laci/almari.

5. Amalkan tukar berus gigi setiap tiga bulan   sekali.

    TAKE NOTE K & SELAMAT MENCUBA^^

Monday, April 23, 2012

PTPTN KEMBALI HANGAT

Assalamualaikum
SALAM 1 MALYSIA~

saya kembali dengan tajuk yang hangat diperkatakan sekarang,.... 



Isu PTPTN kembali menjadi tumpuan lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya. PTPTN diperkenalkan
untuk membantu sesiapa sahaja tidak kira cemerlang di sekolah menengah ataupun yang mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan cita-cita di menara gading.
Saya sendiri pun membuat pinjaman dari PTPTN untuk sambung pelajaran ke peringkat universiti. Sememangnya kos pendidikan di menara gading lebih tinggi daripada menengah dan rendah.

Namun, ramai yang mempertikaikan unsur RIBA didalam caj perkhidmatan PTPTN. Sememangnya elemen RIBA tidak boleh diterima kerana ia diharamkan syarak.
Idea untuk mansuhkan PTPTN adalah tidak wajar kerana ia dapat menolong dan memberi peluang kepada sesiapa yang tidak berkemampuan & tidak benasib baik.
TETAPI, saya mencadangkan agar caj perkhidmatan kepada peminjam PTPTN itu dimansuhkan agar tiada unsur RIBA.

SALAM 1 MALAYASIA!!!!!!

Saturday, August 20, 2011

Sapa nak BlackBerry Bold 9900..?

nak bagi info je,..hehe
blackberry yang paling latest
memang canggih gadget nie
antara ciri2 nya adalah
-antara bb yang paling nipis,..10.5mm,..
-ada kemudahan NFC (Near Field Communications)
-mempunyai BlackBerry 7 operating system.
kalau nak tau lagi banyak,....JOM KLIK SINI
bb ni akan sampai ke malaysia pada 15 Sept 2011...

Monday, August 15, 2011

Korang dah tgk citer SECRET GARDEN....? best sgt2^^


Drama ni adli terambil secara tidak sengaja dari external kawan,....
dan x sangka pulak yang cerita ni BEST SANGAT2..............!!!!!!
genre drama nie adalah Komedi Romantik,...
kalau nak baca sinopsis,..KLIK SINI.....

sapa2 yang belum tgk, korang MESTI tgk sbb BEST SGT2...!!!


Sunday, August 14, 2011

Apa yang korang akan buat kalau dapat roomate yang teruk...??

semester ni adalah yang paling teruk bagi saya.....DISASTER,...!
nak dijadikan cerita,...masa mula2 daftar bilik (awal semester), ak dan zul ( my fren) boleh pilih mana bilik yang kitorang nak,...
and masa tu, ak pilih la bilik yang KOSONG,....bilik tu boleh muatkan 4 og,...so masa tu,...ak & zul je la yang jadi penghuni bilik tu,..and lepas seminggu, ada sorang student akaun yang masuk bilik tu,....nama dia Amir,..,...
and dia bukanlah roomate teruk yang ak nak ceritakan nie,....selang beberapa hari,...seorang senior memasuki bilik ak,...dan dia cakap dia adalah roomate baru,....!!!!!! ak dah kenal da mamat ni sebelum nie,...dia pernah jadi roomate kepada kawan ak,...ak dah tau dia ni smokers ( siap nak jual rokok kat bilik) and zul awal2 lagi tampal 'No Smoking' kat bilik..
tapi dia koyak,lepas tu marah2 zul sebab tampal benda tu sampai sekarang ,...ak akan rasa x senang hati selagi dia ada dalam bilik,..,...& ak menyesal sebab x pindah bilik awal2,..

Friday, April 8, 2011

2pm, kami menunggu kadatangan anda!

....................assalamualaikum semua.....................
memang lama giler adli x update blog,
sebab malas, x cukup masa, x de broadband, line kat uitm slow, ada banyak keje,x de idea,
fuh, kalau sampai esok pown x abis nie,.   ahaks,,
btw
korang kenal kan 2pm...??
mesti la kenal kan...???..hik3....
ni gambar diorang

tapi kan, kumpulan 2pm nie x pernah nak buat show & konsert kat Malaysia,..
Suju , JYJ plak selalu je datang malaysia....
ada kawan adli cakap, nanti akan datang 2pm nie ada plan nak datang malaysia
tapi diorang x announce secara official lagi....
mintak2 laa diorang datang yeee
hihihihih~
kalau korang nak tau,
adli siap buat page kat fb,
hihihi....korang like yee..... ;D
and ada satu video 2pm, mesti tgk!!!!!!!!!!!!!!!  







Wednesday, March 9, 2011

Lama Menghilang

assalamualaikum semua
apa khabar.....????  ;D
Adli memang dah lama x bukak blog and update blog
disebabkan tiada masa yang terluang 
sebelum nie, adli sibuk dengan assignment, quiz and test ...
dan sekarang dah lega sikit...hikssss..
dah ada masa terluang untuk 
ADLI PUNYA.....hihihihih......
adli nak tanya sikit nie...??
korang da tengok citer 
Boys Over Flower??????
adli nie slow sikit bab tgk drama nie..
adli baru je tengok video niey and baru je setakat episod 16
hihihihihih..........
drama yang mmg best...........!!!!!!!!!!!






Saturday, February 26, 2011

Cinta Di Akhir Garisan

Kat dalam entry nie
adli bukannya nak cerita pasal kisah cinta
adli cuma nak kongsi video nie dengan korang je..
hik3..
video nie dah lama..
kalau tengok video nie,cuba korang tengok & focus kat
mamat pakai cermin mata tu...
lawak & sangat kelakar
...........enjoy..............


Tikam Dada Sendiri Lebih 10 Kali

Assalamualaikum semua..
dah lama dah adli tak buat new post 
sebab sibuk sangat dengan keje dan aktiviti kat uitm ni...
masa pagi tadi, kat library, adli jumpa berita nie kat dalam mymetro


HULU KLANG: Tidak tahan dengan tekanan hidup, seorang lelaki berusia 56 tahun nekad menikam dada dan perutnya lebih 10 kali dengan pisau ketika di bilik tidur bersama isteri di rumah mereka di Jalan Wangsa 11, Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam.
Oleh MUHAMMAD APENDY ISSAHAK apendy@hmetro.com.my

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, isteri lelaki terbabit dikatakan menyedari kejadian selepas terjaga daripada tidur sebaik terdengar bunyi seperti orang bergaduh.

Dia segera membuka lampu sebelum menjerit kerana melihat suaminya berlumuran darah serta nazak.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga lelaki berkenaan sebaik menyedari kejadian yang berlaku dan beberapa anggota bergegas ke rumahnya bagi menjalankan siasatan.Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja syarikat swasta itu mati akibat menikam diri beberapa kali dengan pisau yang turut ditemui berhampiran mayatnya.

kalau nak tau lebih lanjut, klik sini..

huh,... adli tertanya2 macam mana lelaki tu boleh tikam diri sendiri sebanyak 10 kali........

Thursday, February 17, 2011

Orang Kulit Hitam boleh cakap dan nyanyi dalam bahasa Korea

adli ada belajar bahasa Korea dengan xeraxiah
tu pown, basic je...
tapi x sehandal xera,,,,

masa tengah cari video-video budak2 2pm kat Youtube,
adli terjumpalah video minah nie~  hik3

nama dia Jacqueline Numata
dia sekarang tinggal di Jepun
bersama2 dengan suaminya yang juga orang Jepun~
dia pown sekarang sedang belajar bahasa Jepun
 

..............kat bawah nie ada video2 beliau.............
~~enjoy~~




ni video beliau nyanyi lagu Again & again



nie plak lagu Gee



....leave a comment please....

OMG!! Loteri Bebas Dijual di Kota Bharu..!!

kota bharu..!
tanah airku..!!

adli ada terbaca berita nie kat satu akhbar nie,

  • Tiket loteri tersebut boleh dibeli dengan mudah di kedai buku dan alat tulis di sekitar bandar.
    • Manakala empat nombor ekor, kaki judi boleh membelinya dengan mudah di kedai2 kopi .
    • Malahan, ada pemilik kedai buku di kota bharu telah menjual tiket loteri tersebut sejak puluhan tahun lalu.
     Mana perginya Konsep "Membangun Bersama Islam"...??

        * kalau nak tau lebih lanjut, klik sini............


     ................leave a comment pleasa...............

    Kampus Baru UiTM Sarawak

               
       adli juga adalah salah 
    seorang pelajar Uitm kepada para blogger yang juga pelajar Uitm 
    jom kita baca pekembangan terbaru pasal Uitm di Sarawak. 


    Uitm cawangan Sarawak akan memiliki bangunan kampus baru di Kota Samarahan yang berharga hampir RM 300 juta.

    Bangunan ini dapat menampung pertambahan pelajar sehingga 4,000 orang.

    Projek ini akan dilaksanakan diatas tanah milik Uitm berkelusan  35.6 hektar dan membabitkan pembinaan bangunan akademik, fakulti, asrama, pusat sukan,perpustakaan dan juga surau. 

     Kalau nak tau lebih lanjut,
    macam biasalah, KLIK SINI..........