Cuba Klik Sini

pukul brape skarang..??


Get your own Digital Clock

Thursday, January 13, 2011

10 produk paling inovasi 2011


TIDAK ramai antara kita yang mengetahui mengenai Pameran Elektronik Pengguna (CES) dianjur Persatuan Pengguna Elektronik (CEA) secara tahunan memandangkan ia jauh beribu batu dari negara ini iaitu di Las Vegas, Amerika Syarikat.

CES juga mengiktiraf inovasi yang dihasilkan vendor apabila menganugerahkan mereka Inovasi Terbaik 2011 mengikut kategori tertentu ketika pameran kali ini termasuk:

1. Amplifier berkuasa tinggi yang dihasilkan syarikat Classe Audio Inc menerusi model CA-M600 direka untuk menghasilkan sejumlah kuasa luar biasa, sekali gus memelihara pengeluaran suhu di bawah kawalan ketat untuk prestasi handal superior audio yang membolehkan mereka menggondol Anugerah Inovasi Terbaik untuk kategori komponen audio.

2. Sistem pelbagai paparan 3D HD untuk game yang dikuasakan GPU NVIDIA siri GTX 400 untuk kelebihan permainan mantap dikeluarkan syarikat Digital Storm 'mengakibatkan' mereka memenangi Anugerah Inovasi Terbaik untuk kategori perkakasan komputer.

3. Model HP Photosmart eStation dihasilkan Hewlett Packard yang membenarkan pengguna untuk mengakses, melihat dan mencetak kandungan web pada bila-bila masa, di mana saja sekitar rumah mereka memenangi Anugerah Inovasi Terbaik kategori aksesori komputer

4. Kategori pengimejan digital menyaksikan syarikat Eastman Kodak Company mencipta kamera video KODAK PlaySport bersaiz poket yang merakam video HD 1080p dan imej pegun 5MP dengan keupayaan kalis air sedalam 10 kaki yang memenangi Anugerah Inovasi Terbaik kategori terbabit.

5. Anugerah Inovasi Terbaik untuk kategori rekaan eko dan teknologi berterusan dimenangi Solar Components dengan produknya, Joos Orange iaitu pengecas solar berkuasa tinggi yang bekerja pada apa jua keadaan cuaca termasuk dalam air.

6. Microsoft Corporation juga memenangi Anugerah Inovasi Terbaik kategori perkakasan permainan melalui Kinect yang dikhususkan untuk konsol Xbox 360 mengesan pergerakan badan bagi menggerakkan permainan.

7. Produk Internet TV & Blu-ray Disc(TM) Player Powered by Google TV iaitu TV Internet baru pertama di dunia yang dihasilkan Sony memanfaatkan dua platform - televisyen dan Internet membawakan pengguna pengalaman hiburan tiada tandingan. Ia memenangi Anugerah Inovasi Terbaik kategori Audio Online/Kandungan Video.

8. Kenmore Elite Dishwasher adalah pencuci pinggan mangkuk interaktif yang dilengkapi kawalan skrin LCD berwarna membantu pengguna mendapatkan cucian bersih, pantas dan tip mencuci berkesan. Produk yang dihasilkan syarikat Kenmore itu memenangi Anugerah Inovasi Terbaik kategori untuk kelengkapan rumah.

9. Anugerah Inovasi Terbaik untuk kategori produk elektronik peribadi dimenangi syarikat Recon Instruments yang menghasilkan model Transcend iaitu 'goggle' pertama dilengkapi GPS dengan membenarkan pemindahan data serta perisian.

10. HTC Evo 4G yang dihasilkan HTC memenangi Anguerah Inovasi Terbaik kategori telefon bimbit mudah alih menampilkan pengalaman multimedia mengagumkan yang menggunakan rangkaian 4G dengan pemprosesan 1GHz Qualcomm Snapdragon bagi memastikan kepantasan kepada si pemakainya.

kredit to mymetro

No comments:

Post a Comment