Cuba Klik Sini

pukul brape skarang..??


Get your own Digital Clock

Wednesday, January 19, 2011

Kenangan terakhir Faizal Yusup


HAMPIR tiga minggu pelakon Faizal Yusup pergi meninggalkan kita semua. Pemergiannya yang tiba-tiba itu kerana komplikasi jantung mengejutkan semua pihak dan bagi peminatnya, pasti mereka belum puas menonton drama lakonannya.

Faizal antara insan seni yang sangat berbakat namun Allah lebih menyayanginya. SS sendiri meminati lakonan Allahyarham yang bersahaja. Antara lakonan terakhirnya sebelum kembali menghadap Ilahi, drama bersiri Tiramisu yang sedang disiarkan di TV3. Ada satu lagi drama lakonan terakhirnya, Jangan Hantar Aku Ke Neraka yang sempat disiapkan sebelum meninggal dunia.

Sikap Faizal yang periang di lokasi, pasti meninggalkan kenangan mendalam kepada pelakon yang menjayakan drama itu, Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin. Tentu mereka tidak percaya yang Faizal sudah tiada lagi.

Telefilem itu akan disiarkan di slot Skrin TV9, jam 8.30 malam ini. Kepada yang masih merindui kelibat bekas suami penyanyi Nana itu, jangan lupa untuk menontonnya. Faizal memegang watak Hamzi.


Jangan Hantar Aku Ke Neraka yang penuh emosi dan kesyahduan ini mengisahkan Mak Jah yang kematian suami, mempunyai tiga anak, Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya menjadi tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup. Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak kecil dia sudah menunjukkan tanda memiliki sifat kewanitaan.


Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai.

Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya. Mereka tidak tahan lagi dengan cemuhan orang kampung yang berpunca daripada adiknya.

Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang diberikan selama ini akan ditarik balik. Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah itu dan mengikut jejak rakannya, Didi, ke Kuala Lumpur. Zai bekerja di salun rambut dan hanya Didi penghibur hatinya yang luka walaupun jauh di sudut hati Zai amat merindui ibunya.

Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit. Mak Jah semakin tenat dan akhirnya meninggal dunia. Ita dan Hamzi tidak membenarkan Zai menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir.

kredit to mymetro

No comments:

Post a Comment